
Naib Presiden PAS Idris Ahmad, berkata bagaimanapun keputusan sama ada PAS bakal bekerjasama dengan gabungan itu membentuk kerajaan akan ditentukan Majlis Syura Ulama.
Katanya, Majlis Syura parti itu akan membuat keputusan mengenai perkara itu apabila sampai masanya.
“PAS ada keputusan yang berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat, Lajnah Politik dan Syura. Jadi, Majlis Syura yang akan buat keputusan mengenai kerjasama ini.
“Saya tak boleh beri pandangan. Tunggu pada hari kejadian,” lapor Berita Harian.
Sementara itu, Idris mengesahkan, rundingan agihan kerusi kawasan parlimen Bukit Gantang sudah selesai.
Idris yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) disebut-disebut akan akan bertanding kerusi itu pada pilihan raya akan datang.
Penyandang di kerusi itu, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, pada pertengahan September mengumumkan, bakal bertanding mengekalkan kerusi Bukit Gantang pada PRU15, selain berhasrat merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong walaupun perlu bertanding atas tiket bebas.