Kecewa perkembangan politik semasa, Agong tiada pilihan kecuali setuju bubar Parlimen

Kecewa perkembangan politik semasa, Agong tiada pilihan kecuali setuju bubar Parlimen

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menegaskan negara yang kukuh penting bagi menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi berterusan demi kesejahteraan negara dan rakyat secara keseluruhan.

Istana Negara berkata, Ismail Sabri Yaakob menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 12 tengah hari Ahad. (Gambar Facebook Istana Negara)
PETALING JAYA:
Istana Negara berkata, Yang di-Pertuan Agong tiada pilihan selain memperkenankan permintaan perdana menteri untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 kerana kecewa dengan perkembangan politik semasa.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menegaskan, negara yang kukuh penting bagi menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi berterusan demi kesejahteraan negara dan rakyat secara keseluruhan.

“Justeru, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan PRU15 dalam tempoh terdekat dengan mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramalkan bermula pertengahan November nanti.

“Seri Paduka Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah, khususnya bencana banjir,” katanya dalam kenyataan.

Fadil berkata, Ismail Sabri Yaakob menghadap Sultan Abdullah pada 12 tengah hari semalam dalam sesi menghadap tidak berjadual.

Terdahulu, Ismail mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRU15 yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.

SPR akan menetapkan tarikh untuk penamaan calon, hari mengundi serta urusan lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.