
Beliau menyifatkan pembangkang bersikap dramatik dengan mendakwa keputusan membubarkan Parlimen tidak sensitif kepada penganut Hindu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), katanya, hanya akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tarikh PRU15 pada 20 Okt.
“Ketika ia (pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15) diumumkan, pembangkang berkata ‘oh ia (hari mengundi) akan jatuh pada Deepavali’.
“Tetapi SPR bermesyuarat pada 20 Okt, Deepavali pada 24 Okt. Ini bermakna PRU15 tidak akan diadakan semasa sambutan Deepavali,” katanya di luar sebuah majlis di sini.
Saravanan berkata, selepas mesyuarat SPR, penamaan calon mungkin diadakan dua minggu dari 20 Okt, dengan hari mengundi mungkin ditetapkan 14 hari kemudian.
Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago membidas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob kerana membubarkan Parlimen pada Isnin lalu untuk memberi laluan kepada PRU15.
Katanya, ia tidak sensitif dan tidak adil kepada masyarakat Hindu untuk mengadakan PRU15 di seluruh negara serentak dengan sambutan Deepavali.