Kita berkongsi tujuan sama, tapi selamat maju jaya, PH beritahu Dr M

Kita berkongsi tujuan sama, tapi selamat maju jaya, PH beritahu Dr M

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasution, berkata gabungan itu akan menghadapi PRU15 tanpa Dr Mahathir Mohamad.

Saifuddin Nasution berkata, PH akan menghadapi PRU15 tanpa Dr Mahathir Mohamad.
PETALING JAYA:
Pakatan Harapan (PH) menolak kerjasama dengan Gerakan Tanah Air pimpinan Dr Mahathir Mohamad menjelang PRU15.

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasution, berkata PH akan menghadapi PRU15 tanpa bekas perdana menteri itu.

“Kita berkongsi tujuan yang sama untuk kalahkan BN dan PN. Tapi Pakatan Harapan akan hadapi PRU15 kali ini sebagai gabungan tanpa Mahathir.

“Kami doa Mahathir diberi kesihatan yang baik dan jika Mahathir pilih masuk bertanding kami ucap selamat maju jaya,” katanya di Twitter.

Terdahulu Mahathir dilaporkan berkata, Barisan Nasional boleh dikalahkan sekiranya parti pembangkang mengetepikan sikap sombong, ego, perasaan peribadi, dan bersatu.

Bekas perdana menteri itu mengimbau kembali kerjasama dengan seterunya, Anwar Ibrahim, untuk menewaskan BN pada PRU14.

“Saya sanggup bertemu Anwar hingga ke mahkamah sebelum PRU14 untuk mendapatkan sokongan daripadanya.

“Bagi saya, perasaan peribadi, bersikap sombong, ego, kepentingan diri tiada tempat dengan sesuatu perjuangan, terutamanya apabila terkait agama, bangsa dan tanah air,” katanya di Twitter.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.