MIC tanding PRU15 atau tidak diketahui esok

MIC tanding PRU15 atau tidak diketahui esok

Pemimpin MIC tidak menghadiri acara pengumumman calon BN malam ini.

PETALING JAYA:
Pimpinan MIC akan bermesyuarat esok bagi menentukan adakah parti itu akan bertanding PRU15, kata Presiden SA Vigneswaran.

Perkembangan ini menyusuli laporan bahawa MIC pertimbang untuk tidak menyertai PRU kali ini.

Menurut laporan The Malaysian Insight, Vigneswaran berkata mesyuarat tergempar esok itu akan membuat keputusan sama ada MIC akan terima atau tolak kerusi-kerusi yang ditawarkan kepadanya, atau tidak bertanding PRU15.

Beliau berkata tiada pemimpin MIC menghadiri acara pengumuman calon Barisan Nasional malam ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.