
Mengumumkan perkara berkenaan di sebuah hotel di Miri, Presidennya Anwar Ibrahim berkata penyandang kerusi Parlimen Miri selama dua penggal Michael Teo, tidak tersenarai calon bagi memberi laluan kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan Sarawak Chiew Choon Man.
Beliau berkata barisan calon PKR Sarawak bagi pilihan raya kali ini turut melibatkan 12 muka baharu, yang terdiri daripada pelbagai latar belakang serta pengalaman bekerja di lapangan.
Selain itu, Anwar memaklumkan Pengerusi PKR Sarawak Roland Engan dan timbalannya Abun Sui Anyit, masing-masing bakal bertanding di Parlimen Baram dan Hulu Rajang.
Dalam pada itu, Anwar dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini berkata sokongan rakyat Sarawak terhadap parti itu diperlukan, bagi memberi peluang kepada PH melaksanakan kerja baik di peringkat Persekutuan, seterusnya membawa perubahan di negeri itu.
“Kesemua mereka yang akan bertanding di bawah panji Pakatan Harapan, perlu kerja keras bersama jentera dalam memastikan rakyat mendapat pendedahan mengenai agenda yang kita perjuangkan,” menurut hantaran itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU15 pada 19 Nov, penamaan calon 5 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov ini.
Berikut ialah senarai calon PRU15 PH-PKR di Sarawak:
- P194 Petra Jaya – Sofian Julaihi
- P198 Puncak Borneo – Dig Dios
- P202 Sri Aman – Tay Wei Wei
- P203 Lubok Antu – Langga Lias
- P204 Betong – Patrick Khamis
- P205 Saratok – Ibil Jaya
- P210 Kanowit – Mohd Fauzi Abdullah@Joseph
- P213 Mukah – Abdul Jalil Bujang
- P214 Selangau – Umpang Salang
- P215 Kapit – Khusyairy Pangkas Abdullah
- P216 Hulu Rajang – Abun Sui Anyit
- P218 Sibuti – Zolhaidah Suboh
- P219 Miri – Chiew Choon Man
- P220 Baram – Roland Engan
- P221 Limbang – Racha Balang
- P222 Lawas – Japar Suyut