GTA Perak tanding 12 Parlimen, 21 DUN

GTA Perak tanding 12 Parlimen, 21 DUN

Pengerusi GTA Perak Mohd Fauzi Zulkifli berkata calon ditampilkan merupakan anak tempatan berpengaruh dan mempunyai latar belakang pendidikan tinggi.

GTA pimpinan Dr Mahathir Mohamad dianggotai beberapa parti berasaskan orang Melayu, NGO, ahli akademik dan profesional.
IPOH:
Gerakan Tanah Air (GTA) akan bertanding di 12 kerusi Parlimen dan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi GTA Perak, Mohd Fauzi Zulkifli, berkata calon ditampilkan merupakan anak tempatan berpengaruh dan mempunyai latar belakang pendidikan tinggi serta mempunyai keakraban dengan masyarakat setempat.

“Calon Parlimen dan DUN GTA berpotensi tinggi untuk memenangi PRU15. Saya percaya usaha GTA menawan Perak mampu dicapai melalui penampilan calon profesional termasuk tokoh agamawan, peguam, doktor, pendidikan termasuk anak muda,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, bagi kerusi Parlimen, GTA meletakkan Auzaie Fadzlan Shahidi yang merupakan anak muda tempatan di Parlimen Larut manakala tokoh profesional Yusmalia Mohamad Yusof pula bertanding di Parlimen Kuala Kangsar.

Menurutnya, gabungan politik itu turut mencalonkan peguam Mior Nor Haidir yang juga ketua Pejuang Perak di Parlimen Tapah, sementara Faizol Fadzli di Parlimen Parit dan Parlimen Teluk Intan pula ditandingi Amir Khusyairi, seorang peguam yang mempunyai pengalaman bertanding sebelum ini.

“Di kerusi Parlimen Pasir Salak, kita mempertaruhkan seorang tokoh anak tempatan yang mempunyai kekuatan ilmu politik dan hubungan kemasyarakatan iaitu Zairol Hizam Zakaria,” katanya.

Fauzi berkata, kerusi DUN pula antaranya ditandingi calon termuda berusia 25 tahun iaitu Dr Mahfuz Abdullah di Changkat Jong yang berpengaruh dan mempunyai latar belakang dakan bidang perubatan selain berpotensi mengimbangi usaha mendapat Undi18.

Katanya seorang tokoh belia, Aswannudin Hariffudin selaku setiausaha GTA Perak yang pernah menyandang jawatan presiden Majlis Belia negeri dan kini aktif dalam Yayasan Anti Rasuah Malaysia negeri turut dicalonkan di DUN Teja.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.