Tak praktikal mansuh pinjaman PTPTN sekarang, kata Teo

Tak praktikal mansuh pinjaman PTPTN sekarang, kata Teo

Bekas timbalan menteri pendidikan itu berkata, keseluruhan beban hutang negara yang mencecah RM1.4 trilion menghalang PH daripada menjanjikan pemansuhan pinjaman PTPTN.

Teo Nie Ching berkata, Pakatan Harapan belajar daripada pengalaman supaya tidak terlebih berjanji ketika pilihan raya. (Gambar Bernama)
KULAI:
Bekas timbalan menteri pendidikan, Teo Nie Ching berkata, pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak praktikal berdasarkan kewangan semasa negara.

Katanya, keseluruhan beban hutang negara yang mencecah RM1.4 trilion menghalang PH daripada menjanjikan pemansuhan pinjaman PTPTN.

“PH belajar daripada pengalaman supaya tidak terlebih janji. Lebih praktikal untuk tidak memansuhkan pinjaman PTPTN buat masa ini,” katanya kepada FMT.

Tetapi, jika PH kembali berkuasa, kerajaan akan mencari kaedah untuk memudahkan peminjam PTPTN membayar pinjaman mereka.

“Apabila ekonomi stabil dan kewangan kerajaan bertambah baik, maka kita mungkin boleh mengkaji pemansuhan pinjaman PTPTN.”

Teo dalam misi mempertahankan Parlimen Kulai buat penggal ketiga.

Manifesto PH termasuk pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk kemasukan ke universiti awam dan memperuntukkan dua jawatan timbalan perdana menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.