
Nenek mangsa yang ingin dikenali sebagai Chong, 61, berkata dia mengetahui cucunya mahu bekerja di Thailand namun terkejut apabila diberitahu dia dibawa ke Myanmar.
“Cucu saya iaitu Yang, 19, menghubungi melalui Facebook Messenger meminta tolong untuk pulang ke Malaysia, namun syarikat sindiket tersebut mahukan wang pampasan lebih RM115,000,” katanya dalam sidang media.
Beliau berkata, cucunya sudah berada di sana kira-kira enam bulan dan diarahkan untuk melakukan kerja memperdaya orang atau sebagai “scammer” secara dalam talian.
“… jadi cucu saya dipukul menggunakan kayu renjatan elektrik,” katanya.
Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA Perak, Low Guo Nan, berkata pihaknya membawa Chong membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Isnin.
“Kami akan mengumpulkan maklumat dan panjangkan kepada Polis Antarabangsa (Interpol) serta kedutaan Myanmar agar pihak berkenaan dapat bertindak,” katanya.