BN wajar jadi pembangkang, tegas Noraini

BN wajar jadi pembangkang, tegas Noraini

Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) itu berkata tumpuan utama perlu diberikan untuk memulihkan sokongan rakyat terhadap gabungan itu.

Noraini Ahmad mahu Barisan Nasional (BN) tidak meruntuhkan mana-mana gabungan politik dalam penubuhan kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan bagi penggal akan datang.

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) wajar berada dalam blok pembangkang selepas hanya memenangi 30 kerusi Parlimen, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Ketua Wanita Noraini Ahmad.

Bagaimanapun, Noraini yang juga berjaya mempertahankan Parlimen Parit Sulong, berkata parti itu boleh menjadi “rakan mesra” dalam mana-mana gabungan politik sekiranya diperlukan untuk menubuhkan kerajaan.

“Keputusan menjadi rakan mesra parti kerajaan juga perlu dibuat secara bersyarat di mana BN diberi kebebasan dalam berbahas, sokong, tolak sebagai blok neutral (untuk) semak seimbang bagi apa sahaja usul yang dibentang atau dicadang oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga menggesa BN tidak meruntuhkan mana-mana gabungan politik yang sudah terbentuk sehingga Parlimen dibubarkan, selagi mana mereka masih menjunjung tinggi semangat Perlembagaan dan kestabilan politik negara.

“Keputusan yang telah dibuat oleh rakyat perlu dihormati.

“Tumpuan utama perlu diberikan untuk memulihkan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semula pada masa akan datang,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.