
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari, Azman Md Dawam pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.57 pagi dan seramai 17 pegawai serta anggota termasuk dari Tangkak bergegas ke lokasi.
“Kami mendapati sebuah bas ekspres membawa 27 penumpang telah melanggar sebuah treler membawa muatan barangan kitar semula.
“Kejadian tidak membabitkan kemalangan jiwa dan kesemua 16 penumpang itu telah diberi rawatan awal,” katanya menurut Bernama.
Sementara itu, Ketua Polis Jasin Mispani Hamdan, berkata kesemua penumpang terlibat adalah warga Singapura dan bas tersebut dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Beliau berkata, bas ekspres dipandu lelaki berusia 42 tahun itu dipercayai hilang kawalan dan melanggar belakang treler berkenaan di lorong paling kiri.
Katanya kes sedang disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.