
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Mohd Jafni Md Shukor, ia akan dilakukan dalam masa terdekat berikutan kepadatan penduduk di kawasan Larkin semakin meningkat dan permintaan tinggi terhadap projek itu.
Beliau berkata, pihaknya akan memberi dua cadangan kos pembinaan untuk dipertimbangkan iaitu antara RM86 juta dan RM150 juta.
“Bagi urusan teknikal, dokumentasi, tanah dan yang berkaitan, kerajaan Johor sudah selesaikan.
“Jadi kita berharap KPKT dapat mempertimbangkan permohonan pembinaan PPR Larkin ini memandangkan ia adalah satu-satunya PPR yang kita mohon untuk RMK12,” katanya menurut Bernama.
Jafni berkata, sehingga kini terdapat enam PPR masih dalam proses pembinaan iaitu PPR Pengerang, Ulu Tiram, Permas Jaya, Masai, Bandar Tenggara dan Sembrong.
Sementara itu, Jafni menyeru 14,000 penyewa melibatkan 13 PPR dan tujuh Rumah Sewa Kerajaan (RSK) di seluruh negeri menjelaskan pembayaran sewa bulanan mulai bulan ini, selewat-lewatnya pada setiap 7 hari bulan.
Menurutnya, ini kerana kerajaan negeri hanya memberi pengecualian pembayaran sewa PPR dan RSK selama dua tahun iaitu 2021 dan tahun lepas berikutan pandemik Covid-19.
“Kita menyasarkan RM24.9 juta bagi pungutan pembayaran sewa bulanan tahun ini dan kerajaan negeri tidak mengambil sebarang keuntungan kerana RM18 juta digunakan untuk kos penyelenggaraan,” katanya.
Katanya, bayaran boleh dibuat secara dalam talian melalui Johorpay tanpa perlu ke kaunter bayaran Perbadanan Kemajuan Perumahan Johor (PKPJ).