Zahid yakin capai penyelesaian `menang-menang’ di Sabah

Zahid yakin capai penyelesaian `menang-menang’ di Sabah

Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim akan bertemu dengan pemimpin Umno, GRS dan Warisan.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yakin krisis politik di Sabah akan berakhir tidak lama lagi. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yakin krisis politik di Sabah akan berakhir tidak lama lagi selepas cubaan untuk menjatuhkan Ketua Menteri Hajiji Noor pada minggu lalu gagal.

Bercakap kepada wartawan selepas pertemuan dengan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) Sabah di sini, Zahid berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dari “hati ke hati” dengan Hajiji malam ini.

“Kami yakin akan dapat mencari jalan menyelesaikan krisis ini dan kami akan mencapai keputusan menang-menang.

“Saya yakin selepas pertemuan itu tamat, Anwar akan bertemu anda (media) dan memaklumkan kepada semua mengenai keputusan yang dicapai dalam perbincangan itu,” kata Zahid.

Anwar dan Zahid juga akan bertemu pemimpin dari Umno Sabah dan parti lain seperti Gabungan Rakyat Sabah dan Warisan.

Pada Jumaat lalu, BN Sabah dan Umno menarik sokongan kepada Hajiji ketika timbul spekulasi Umno Sabah dan Warisan bekerjasama untuk membentuk kerajaan negeri.

Hajiji semalam berkata, beliau mempunyai sokongan 44 daripada 79 ADUN dan sudah menghantar akuan bersumpah (SD) kepada ketua menteri sehari sebelum itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.