Kenapa lantik Nurul Izzah sedangkan anda bantah nepotisme, TI-M tanya Anwar

Kenapa lantik Nurul Izzah sedangkan anda bantah nepotisme, TI-M tanya Anwar

Nurul Izzah dilantik penasihat kanan kepada perdana menteri awal bulan ini.

Anwar Ibrahim mempertahankan pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangannya berdasarkan kelayakan anaknya.
KUALA LUMPUR:
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) mempersoalkan keputusan Anwar Ibrahim melantik anaknya, Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan perdana menteri sedangkan beliau menentang nepotisme.

Muhammad Mohan berkata, Anwar sentiasa bercakap mengenai nepotisme dan kronisme, oleh itu pelantikan Nurul Izzah tidak baik untuknya.

Walaupun beliau menganggap Nurul Izzah berintegriti, tetapi katanya, persepsi yang timbul daripada pelantikannya ialah nepotisme sudah “kembali”.

“Saya dipanggil ke Parlimen dua tahun lalu untuk menjelaskan mengapa 71% rakyat Malaysia merasakan rasuah dalam kerajaan merupakan masalah. Daripada semua Ahli Parlimen yang bertanya soalan, beliau satu-satunya orang yang peka dan tanya soalan sangat baik.

“Nurul Izzah adalah individu sangat berharga kepada negara, tetapi hanya pelantikan oleh bapanya yang menjadi isu.”

Muhammad berkata, ia tidak akan menjadi isu jika naib presiden PKR itu dilantik ke kementerian lain.

Beliau berharap Anwar akan bertindak balas terhadap kritikan dan gesaan untuk beliau membatalkan pelantikan Nurul Izzah secepat mungkin.

Nurul Izzah merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai selama dua penggal (2008-2018) dan Ahli Parlimen Permatang Pauh selama satu penggal. Beliau gagal mempertahankan kerusi Permatang Pauh pada PRU15, selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.