Mahfuz cabar Sanusi tanding di kerusi DAP

Mahfuz cabar Sanusi tanding di kerusi DAP

Pengerusi PH Kedah itu berkata, Sanusi Md Nor dapat membuktikan beliau menteri besar untuk semua kaum.

Sanusi Md Nor dan Mahfuz Omar (kiri) bertelagah, dengan bekas timbalan menteri itu berkata PH dan BN boleh menggulingkan PN di Kedah.
ALOR SETAR:
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Mahfuz Omar mencabar Menteri Besar, Sanusi Md Nor meninggalkan kubu kuatnya di Jeneri dan bertanding di kerusi disandang DAP pada pilihan raya negeri akan datang.

“Sanusi sentiasa mengaku sebagai pejuang Melayu dan bersumpah untuk melawan DAP.

“Jika dia benar-benar mahu ‘menyelamatkan orang Melayu’, dia harus melawan DAP.

“Dengan cara ini, Sanusi dapat membuktikan dia menteri besar untuk semua dan mendapat sokongan semua kaum di Kedah,” katanya kepada FMT.

Beliau mencadangkan Sanusi bertanding di kerusi Derga atau Kota Darul Aman, yang disandang Tan Kok Yew serta Teh Swee Leong daripada DAP.

Sebelum ini, Sanusi mencabar Mahfuz bertanding di kerusi DUN selepas gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena pada PRU15.

Bekas timbalan menteri itu kalah kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya.

Sanusi dan Mahfuz berperang mulut, dengan Mahfuz berkata, PH dan Barisan Nasional boleh menyingkirkan Perikatan Nasional di negeri itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.