Kamil Othman pengerusi baharu Finas

Kamil Othman pengerusi baharu Finas

Pelantikannya itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil di hantaran Facebook hari ini.

Kamil Othman dilantik sebagai pengerusi Finas baharu bagi menggantikan Senator Zurainah Musa yang tamat tempoh perkhidmatannya pada Disember lepas. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, mengumumkan pelantikan Kamil Othman sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang baharu.

Fahmi mengumumkan pelantikan itu di Facebook hari ini.

Kamil menggantikan Senator Zurainah Musa yang tamat tempoh perkhidmatan pada Disember lepas.

Fahmi menyifatkan Kamil seorang figura yang tidak asing lagi dalam industri kerana pernah menjawat jawatan ketua pegawai eksekutif Finas.

“Tahniah buat Kamil atas lantikan sebagai pengerusi Finas yang baharu.

“Minggu hadapan saya atur pertemuan untuk bincang beberapa perkara termasuk hala tuju Finas serta meneliti dapatan dan teguran laporan ketua audit negara untuk penambahbaikan dan pembetulan,” katanya.

Fahmi turut memaklumkan pelantikan pengerusi Skim Wajib Tayang Finas akan dibuat secepat mungkin.

Kamil sebelum ini pernah menyandang jawatan sebagai penasihat industri kreatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia dari Januari 2017 hingga Ogos 2018 dan pengarah Finas dari 2014 hingga 2016.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.