MRT Laluan Putrajaya buka sepenuhnya 16 Mac

MRT Laluan Putrajaya buka sepenuhnya 16 Mac

Ini menyusul pembinaan Fasa 2 dari stesen Kentonmen ke Putrajaya yang sudah siap.

MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 mula beroperasi Jun lalu dengan perkhidmatan antara stesen Kwasa Damansara dan Kampung Batu.
PETALING JAYA:
Laluan MRT Putrajaya akan dibuka sepenuhnya pada 16 Mac, kata Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook.

Ini menyusul Laluan Putrajaya Fasa 2 dari stesen Kentonmen ke Putrajaya Sentral yang sudah siap.

Fasa 1 laluan itu mula beroperasi Jun lalu dengan perkhidmatan antara stesen Kwasa Damansara dan Kampung Batu.

Dalam temu bual dengan Bernama TV hari ini, Loke berkata kerajaan komited untuk menyiapkan projek MRT3.

“Laluan MRT3 melengkapkan rangkaian Transit Aliran Ringan (LRT) Lembah Klang sekarang, memastikan ketersambungan di seluruh (laluan rel bandar raya),” katanya.

Loke juga berkata kerajaan mahu mengurangkan kos projek daripada RM50 bilion kepada RM45 bilion.

Laluan Putrajaya sepanjang 57.7km memberi perkhidmatan kepada dua juta penduduk. Terdapat 36 stesen di sepanjang laluan itu, termasuk sembilan stesen bawah tanah.

Di peringkat awal, ia dijangka mampu membawa kira-kira 104,000 penumpang setiap hari.

Mengenai isu mengenai sistem LRT, Loke berkata lebih 70 tren yang sedang diselenggara akan digunakan semula pada suku ketiga tahun ini.

Beliau berkata ini akan memastikan kekerapan tren yang lebih baik dan mengurangkan masa menunggu selama lima minit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.