
FMT difahamkan upacara “paluan berundur” dan jamuan untuk Razarudin yang pada mulanya dijadualkan esok dibatalkan.
Sumber berkata, Razarudin menjadi pilihan untuk menggantikan Acryl Sani sebagai KPN apabila kontraknya tamat Oktober ini.
“Mesyuarat terbaharu Suruhanjaya Pasukan Polis membincangkan lanjutan kontrak Razarudin.
“Satu lagi mesyuarat akan diadakan pada Oktober untuk membincangkan pengganti Acryl Sani, tetapi kini Razarudin merupakan calon pilihan,” kata sumber enggan dinamakan itu.
Razarudin dilantik timbalan KPN pada 26 Dis 2021. Beliau menyertai pasukan itu pada Disember 1982.
Kenaikan pangkat dalam perancangan
Sumber itu berkata, mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis juga akan membincangkan kenaikan pangkat dua pegawai kanan polis, iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim.
“Ayob Khan akan dilantik sebagai pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman baharu, menggantikan Abd Jalil Hassan yang bersara pada 16 April ini.”
Azmi pula akan dilantik pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, menurut sumber itu. Jawatan itu kosong susulan persaraan Pengarahnya, Zaini Jass pada 9 Mac lalu.