Tak perlu ugut saya, Wan Fayhsal beritahu Guan Eng

Tak perlu ugut saya, Wan Fayhsal beritahu Guan Eng

Ketua Pemuda Bersatu berkata laporan polis dibuatnya adalah jelas, mudah dibaca dan tidak mengelirukan.

Wan Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata beliau yakin tindakannya membuat laporan polis terhadap Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA:
Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata Lim Guan Eng tidak perlu menggugutnya dengan mendakwanya melakukan kesalahan jenayah kerana membuat laporan polis palsu.

Beliau yakin dengan tindakannya membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Bagan daripada DAP itu dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung isu pengecualian cukai Yayasan Albukhary, semalam.

Katanya, laporan polis itu juga jelas dan mudah dibaca dalam bahasa yang tidak rumit atau mengelirukan.

“Saya yakin apa yang saya cakapkan dan akan mempertahankan pemimpin saya yang dianiayai,” katanya dalam kenyataan.

Wan Fayhsal mengulas kenyataan Lim bahawa beliau melakukan kesalahan jenayah kerana membuat laporan polis palsu terhadap bekas menteri kewangan itu dan Anwar semalam.

Lim juga mendakwa Wan Fayhsal cuba mengheret polis dalam prosiding Parlimen dengan menuduh Anwar mengelirukan Dewan Rakyat.

Wan Fahysal turut mempertahankan dakwaan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi Perikatan Nasional, bahawa Lim membatalkan pengecualian cukai diberikan kepada yayasan tersebut ketika menjadi menteri kewangan, sambil menyatakan bekas perdana menteri itu tidak berbohong mengenai perkara berkenaan.

Bagaimanapun, pada 21 Mac Anwar menafikan Lim berbuat demikian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.