Ibu Zaliha meninggal dunia

Ibu Zaliha meninggal dunia

Bekas menteri JPM maklumkan pemergian ibunya sebentar tadi menerusi hantaran Facebook.

Zaliha Mustafa
Dr Zaliha Mustafa memaklumkan ibunya, Halimah Yaacob, meninggal dunia pada 8.23 malam tadi.
PETALING JAYA:
Ibu kepada bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia malam ini.

Zaliha memaklumkan pemergian ibunya, Halimah Yaacob, menerusi hantaran ringkas di Facebook sebentar tadi.

“Hari duka buat kami sekeluarga, mak telah pergi buat selama-lamanya pada jam 8.23 malam tadi,” katanya.

“Tiada kata yang mampu menggambarkan rasa kehilangan ini. Saya mohon doa semua agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Mak, mengampunkan segala dosanya, menerima amal kebaikannya dan menempatkan Mak dalam kalangan orang-orang beriman.”

Dalam pada itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut mengucapkan takziah buat Zaliha atas pemergian ibunya.

Anwar berkata, beliau dan isterinya, Dr Wan Azizah Ismail, turut memanjatkan doa agar Zaliha sekeluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan jiwa serta ketenangan hati dalam menghadapi ujian berat itu.

“Dengan penuh rasa dukacita, saya dan Azizah menerima khabar pemergian Allahyarhamah Halimah Yaacob, bonda kepada Dr Zaliha,” katanya.

“Kami menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima seluruh amal kebajikan dan ditempatkan dalam kalangan para solihin serta orang-orang beriman.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.