Mohon pengampunan untuk Najib desakan politik, kata Muhyiddin

Mohon pengampunan untuk Najib desakan politik, kata Muhyiddin

Umno sebulat suara bersetuju menghadap Agong bagi mempersembah permohonan memberi pertimbangan pengampunan diraja kepada bekas presidennya.

Muhyiddin Yassin berkata, terpulang kepada kebijaksanaan Lembaga Pengampunan untuk membuat keputusan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memohon pengampunan diraja untuk bekas presidennya, Najib Razak bersifat desakan politik.

Bagaimanapun katanya, terpulang kepada kebijaksanaan Lembaga Pengampunan untuk membuat keputusan.

“Perkara ini ada proses dan prosedurnya tertentu. Setahu saya, sesiapa boleh mohon, namun dia (Umno) menggunakan desakan politik,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Mengenai Perdana Menteri, Anwar Ibrahim turut menganggotai Lembaga Pengampunan untuk menyemak permohonan pengampunan diraja Najib, Muhyiddin berkata, beliau tidak boleh mengulas kerana itu bersandarkan undang-undang.

Sebelum ini, Majlis Kerja Tertinggi Umno sebulat suara bersetuju menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembah permohonan memberi pertimbangan pengampunan diraja kepada Najib.

Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, MKT juga akan mempersembahkan warkah rayuan kepada baginda beserta memorandum ditandatangani semua pimpinan Umno daripada 191 bahagiannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.