Lembaga Pengampunan tak bincang permohonan ampunkan Najib, kata sumber

Lembaga Pengampunan tak bincang permohonan ampunkan Najib, kata sumber

Sumber menyangkal laporan mendakwa Lembaga Pengampunan akan membincangkan permohonan memohon Najib Razak diampunkan hari ini.

Najib Razak dipenjarakan tahun lepas selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan pensabitan beliau dalam kes SRC International.
PETALING JAYA:
Lembaga Pengampunan tidak membincangkan permohonan memohon bekas perdana menteri Najib Razak diampunkan, menurut sumber.

Sumber menyangkal laporan mendakwa lembaga yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong itu akan membincangkan permohonan untuk Najib itu hari ini.

Najib dipenjarakan tahun lepas selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan pensabitan beliau dalam kes SRC International.

Beliau disabit kesalahan pada Julai 2020 atas tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang, dan pecah amanah berkait dana SRC berjumlah RM42 juta. Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Pada 31 Mac lepas, sidang lima hakim di Mahkamah Persekutuan secara majoriti menolak permohonan Najib meminta pensabitan dan hukumannya disemak semula.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.