Penunggang motosikal maut dirempuh di jalan tak berlampu

Penunggang motosikal maut dirempuh di jalan tak berlampu

Mangsa yang juga warga emas berusia 69 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian selepas dirempuh dari belakang oleh kereta Toyota Vios. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang penunggang motosikal maut dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 70.5 Jalan Klang-Teluk Intan dekat Parit 4, Tanjung Karang.

Ketua Polis Kuala Selangor Ramli Kasa, berkata dalam kejadian jam 11.15 malam tadi, mangsa lelaki warga emas berusia 69 tahun parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu kereta Toyota Vios berusia 20 tahun yang dalam perjalanan dari Tanjong Karang ke Sekinchan melanggar mangsa di kawasan gelap yang tidak mempunyai lampu jalan.

“Penunggang motosikal Honda Wave dari Klang ke Teluk Intan melalui lokasi kejadian dan dirempuh di lorong kanan oleh kereta dari arah sama,” katanya menurut Berita Harian.

Ramli berkata, pemandu kereta yang bekerja sebagai pelayan restoran tidak mengalami kecederaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.