
Mangsa, Farah Amira Samsuri, 22, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan akibat kecederaan parah di bahagian kepala, kira-kira 5.30 petang.
Ketua Polis Bentong, Zaiham Mohd Kahar, berkata kejadian berlaku kedua-duanya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Raub.
“Kemalangan berlaku disebabkan penunggang dipercayai hilang kawalan semasa melalui selekoh di Kilometer 53.7 lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan di sebelah kiri.
“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa parah di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian manakala pembonceng berusia 15 tahun parah dan dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Zaiham berkata kes kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang melihat kejadian ini diminta menghubungi IPD Bentong untuk membantu siasatan,” katanya.