Disyaki buli cucuh puntung rokok, pelajar Tingkatan 5 ditahan

Disyaki buli cucuh puntung rokok, pelajar Tingkatan 5 ditahan

Kejadian itu menyebabkan mangsa yang juga pelajar Tingkatan 1 melecur di bahagian dada.

handcuff
Menurut Ketua Polis Pahang Yahaya Othman, siasatan awal mendapati mangsa didera selepas tidak menuruti arahan suspek supaya menghisap rokok.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang pelajar Tingkatan 5 selepas disyaki membuli pelajar Tingkatan 1 yang cedera di dada akibat dicucuh puntung rokok dalam kejadian di sebuah asrama sekolah di Bentong, kelmarin.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata suspek ditahan di asrama semalam susulan laporan polis dibuat oleh keluarga mangsa.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku tengah malam kelmarin di tandas asrama sekolah berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa didera selepas tidak menuruti arahan suspek supaya menghisap rokok. Ia menyebabkan suspek marah.

“Susulan kejadian itu mangsa memaklumkan kepada warden asrama dan dibawa ke Hospital Bentong untuk rawatan.

“Mangsa mengalami kecederaan di dada dan terdapat kesan lecuran puntung rokok dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya, menurut Harian Metro.

Yahaya berkata polis sedang melakukan siasatan dan akan menemubual beberapa saksi kejadian terbabit.

“Polis juga akan mengesan kemungkinan terdapat suspek dan mangsa lain terbabit dalam kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.