
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, berkata kerajaan pada 11 Januari lalu telah menyatakan persetujuan penubuhan RCI untuk meneliti secara menyeluruh isu berkaitan integriti serta kebebasan kehakiman dan perundangan negara.
“Perkara ini dalam perincian dan tindakan lanjut oleh pihak BHEUU (Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang), JPM (Jabatan Perdana Menteri) sebelum diangkat ke Jemaah Menteri,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen menjawab Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut).
Buku tulisan Thomas yang diterbitkan pada Januari 2021 itu mengundang kritikan beberapa pihak, termasuk Peguam Negara Idrus Harun, peguam, ahli politik, dan masyarakat awam, sehingga kepada beberapa laporan polis.
Antara lain, Thomas mendakwa dalam bukunya bahawa beliau ada mengadakan perbincangan bersama bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, ketika kedua-duanya dalam kerajaan, dalam melantik ketua hakim negara, presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.
Menteri kerajaan perpaduan buat 64 lawatan kerja ke luar negara
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Armizan Ali, berkata sebanyak 64 lawatan kerja ke luar negara melibatkan menteri yang mendapat kelulusan Jemaah Menteri.
Katanya, anggaran perbelanjaan bagi keseluruhan lawatan itu bermula Januari hingga April lalu, berjumlah RM18.6 juta.
“Antara inisiatif diambil kerajaan adalah menerusi lawatan rasmi Ahli Jemaah Menteri kerajaan beserta delegasi pegawai kerajaan ke negara luar tertentu bagi membantu kerajaan mengukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi melalui kerjasama perdagangan dan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen menjawab Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok).