
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang menyambut baik langkah kerajaan memperkenalkan Suruhanjaya Kanak-kanak berkata, cadangan undang-undang itu akan “melindungi” kanak-kanak daripada kandungan berkait LGBTQ di media sosial dan media arus perdana, dan juga sebagai “produk budaya”.
“Tindakan kerajaan baru-baru ini yang merampas jam tangan Swatch adalah perkara yang baik sekiranya barangan itu mempromosi atau menjadi propaganda LGBTQ,” katanya ketika membahaskan laporan Suhakam 2020.
“Sekiranya kita ada undang-undang seperti di Rusia, kerajaan tidak perlu takut atau meminta maaf dalam mengambil tindakan tegas bagi memastikan tradisi keluarga dan agama kita dipelihara dalam konteks hak asasi manusia negara.”
Rusia pada November tahun lalu meluluskan undang-undang yang mengharamkan sebarang tindakan yang dianggap cubaan untuk mempromosikan “hubungan seksual bukan tradisi” di filem, dalam talian, iklan atau di tempat awam. Pada 2023 ia diperluas dengan mengharamkan “propaganda hubungan seksual bukan tradisi” terhadap kanak-kanak bawah umur.
Undang-undang itu menerima kecaman pelbagai negara, dengan pertubuhan hak asasi berkata, akta itu secara langsung mengharamkan mempromosikan hak LGBTQ di Russia.