
M Murlase sedang menunggang motosikal pada 16 Mac 2019 apabila sebuah lori di hadapannya tiba-tiba berhenti, menyebabkan lelaki itu terlanggar kenderaan tersebut.
Dia dan pembonceng, H Visalatchy, menyaman pemandu lori, Shamsul Rizal Alang Ahmad.
Semasa perbicaraan, mahkamah diberitahu Shamsul terpaksa menekan brek selepas sebuah kereta di hadapannya berhenti secara tiba-tiba. Shamsul berkata, dia mendengar bunyi yang kuat dari belakang lori.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi berkata tidak ada pertikaian bahawa kemalangan berlaku kerana Shamsul menghentikan kenderaan secara tiba-tiba.
Beliau menyatakan pemandu lori mempunyai tanggungjawab untuk memandu dengan berhati-hati dan tidak mengambil tindakan secara tiba-tiba yang mungkin membahayakan pengguna jalan lain.
“Mahkamah juga mendapati penunggang motosikal juga menunggang sangat dekat dengan lori tersebut. Kedua-dua pihak menyumbang kepada kemalangan ini,” kata Meor.
Dalam menentukan jumlah ganti rugi, Meor mengambil kira kecederaan pada perut dialami Murlase, yang menyebabkan kecacatan kekal dan dia tidak dapat kembali bekerja sebagai seorang tukang cuci.
“Kerana kemalangan ini, plaintif tidak dapat makan secara normal, tidak dapat mengangkat barang berat, mengalami kerap buang air besar dan berisiko menghadapi masalah kesihatan yang lebih serius,” kata Meor.
Mahkamah juga memberikan ganti rugi sebanyak RM4,000 kepada Visalatchy.