
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menggesa polis menyiasat kenyataan Sanusi yang disifatkan sebagai rasis.
“Diharapkan polis tidak lagi melengah-lengahkan dan mengambil tindakan mahkamah dengan segera,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Kepong.
Lim juga meminta Sanusi disiasat bawah Seksyen 499, 504, 505 (B) dan 506 (C) Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam podcast “Keluar Sekejap” disiarkan Isnin lalu, Sanusi yang juga pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) mendakwa orang bukan Islam paling banyak ditangkap kerana memberi dan menerima rasuah.
“(Mereka kata) Lebih baik orang bukan Islam baik daripada pemimpin Islam yang tak baik kerana mengamalkan rasuah. Tetapi bila tengok fakta, banyak ditangkap adalah orang bukan Islam,” katanya.