
Dalam kejadian 6.15 petang itu, mangsa Mohd Zuki Mohamed Ali, 55, dan anaknya Muhammad Hasbullah, 15, akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Seorang lagi anaknya, Muhamad Huzaifah, 18, yang duduk di bahagian penumpang hadapan cedera di dada dan dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Gua Musang Sik Choon Foo berkata kejadian berlaku ketika mangsa bersama dua anak lelakinya dalam perjalanan dari arah Gua Musang menuju ke Jeli.
Katanya, ketika tiba di jalan berselekoh, Proton Saga FL dipandu mangsa masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori terbabit.
“Akibat pertembungan itu, pemandu kereta dan anaknya yang berada di tempat duduk penumpang belakang maut di tempat kejadian.
“Manakala seorang lagi anaknya di tempat duduk penumpang hadapan cedera di dada, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan menurut Harian Metro.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HGM untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.