PKR tanding 58 kerusi di PRN 6 negeri

PKR tanding 58 kerusi di PRN 6 negeri

Antaranya 20 di Selangor, 6 di Negeri Sembilan, dan 13 di Pulau Pinang.

Pengerusi PH yang juga Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan senarai calon pada acara di Shah Alam.
SHAH ALAM:
PKR mempertaruhkan 58 calon pada PRN enam negeri 12 Ogos ini.

Presiden PKR yang juga Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata, parti itu mempertaruhkan 20 calon di Selangor, 13 di Pulau Pinang, 10 di Kedah, masing-masing enam di Kelantan dan Negeri Sembilan, serta tiga di Terengganu, menurut

Rakan komponennya dalam Pakatan Harapan, DAP dan Amanah, dijangka mengumumkan calon masing-masing tidak lama lagi.

Senarai calon bertanding adalah seperti berikut:

Selangor

  • Permatang – Mohd Yahya Mat Sahri
  • Bukit Melawati – Thiban Subramaniam
  • Ijok – Amidi Abdul Manan
  • Rawang – Chua Wei Kiat
  • Sungai Tua – Amirudin Shari
  • Hulu Kelang – Juwairiya Zulkifli
  • Bukit Antarabangsa – Mohd Kamri Kamaruddin
  • Lembah Jaya – Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet)
  • Kajang – David Cheong
  • Seri Setia – Fahmi Ngah
  • Taman Medan – Ahmad Akhir Paw
  • Bukit Lanjan – Phua Pei Lei
  • Paya Jaras – Khairuddin Othman
  • Kota Damansara – Amin Yazid
  • Kota Anggerik – Najwan Halimi
  • Sementa – Erni Afrishah Azizi
  • Pelabuhan Klang – Azmizam Zaman Huri
  • Sentosa – Gunarajah R George
  • Sungai Kandis – Zawawi Ahmad Mughni
  • Tanjong Sepat – Borhan Aman Shah

Pulau Pinang

  • Pinang Tunggal – Zainuddin Mohd
  • Telok Ayer Tawar – Mohsin Md Sharif
  • Seberang Jaya – Johari Kassim
  • Penanti – Rohsidi Hussin
  • Machang Bubok – Lee Khai Loon
  • Bukit Tengah – Gooi Hsiao Leung
  • Bukit Tambun – Goh Choon Aik
  • Sungai Bakap – Norhidayah Che Ros
  • Kebun Bunga – Lee Boon Heung
  • Batu Uban – Kumaresan Arumugam
  • Pantai Jerejak – Fahmi Zainol
  • Batu Maung – Dr Mohd Abdul Hamid
  • Pulau Betong – Tuah Ismail

Negeri Sembilan

  • Chuah – Yew Boon Lye
  • Sikamat – Aminuddin Harun
  • Ampangan – Tengku Zamrah Sulaiman
  • Pilah – Nur Zunita Begum
  • Labu – Ismail Ahmad
  • Sri Tanjung – Dr G Rajasekaran

Kedah

  • Kuah – Ahmad Fauzi Che
  • Jitra – Sabrina Ahmad
  • Bukit Pinang – Azhir Zain
  • Suka Menanti – Zamri Yusof
  • Gurun – Firdaus Johari
  • Bukit Selambau – R Suntaraju
  • Bakar Arang – Loh Wee Chai
  • Sidam – (akan diumumkan kemudian)
  • Lunas – Shamsul Anuar Abdullah
  • Kulim – Teh Lian Ong

Kelantan

  • Pasir Pekan – Zamansari Ibrahim
  • Panchor – Syed Mohd Alidustur
  • Kota Lama – (akan diumumkan kemudian)
  • Chetok – Izzat Hanuzi
  • Pasir Tumboh – Aina Naziratul Aini Sayuty
  • Limbongan – Dr Samsuddin Abdul Ghani

Terengganu

  • Wakaf Mempelam – Wan Mohd Haikal Wan Ghazali
  • Manir – Mohd Jusoh
  • Sura – Osman Umar

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.