PRN: DAP tanding 19 kerusi di P Pinang

PRN: DAP tanding 19 kerusi di P Pinang

Seramai tujuh muka baharu dikemukakan parti itu bertanding pada PRN 12 Ogos.

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, berkata calon parti di Pulau Pinang terdiri 15 lelaki dan empat wanita.
KUALA LUMPUR:
Seramai 19 calon DAP akan bertanding pada PRN Pulau Pinang, kata setiausaha agungnya, Loke Siew Fook.

Parti itu mempertahankan kebanyakan kerusi dimenanginya pada PRU14 dengan membariskan tujuh muka baharu kali ini.

Seramai 15 calon lelaki, selain empat calon wanita dikemukakan.

Senarai calon yang bocor sebelum ini disahkan Loke sebagai benar.

Terdahulu, DAP mengumumkan Chow Kon Yeow akan dilantik semula menjadi ketua menteri sekiranya Pakatan Harapan-Barisan Nasional menang PRN pada 12 Ogos.

Senarai calon DAP di Pulau Pinang:

  • Sungai Puyu – Phee Syn Tze
  • Bagan Jermal – Soon Lip Chee
  • Bagan Dalam – K Kumaran
  • Berapit – Heng Lee Lee
  • Padang Lalang – Daniel Gooi
  • Perai – S Sundarajoo
  • Jawi – Jason H’ng
  • Tanjong Bunga – Zairil Khir Johari
  • Air Putih – Lim Guan Eng
  • Pulau Tikus – Joshua Woo
  • Padang Kota – Chow Kon Yeow
  • Pengkalan Kota – Wong Yuee Harng
  • Komtar – Teh Lai Heng
  • Datok Keramat – Jagdeep Singh Deo
  • Sungai Pinang – Lim Siew Khim
  • Batu Lancang – Ong Ah Teong
  • Seri Delima – Connie Tan
  • Air Itam – Joseph Ng
  • Paya Terubong – Wong Hon Wai

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.