Poster ‘Elaun Madani’ untuk penjawat awam palsu, kata Kementerian Kewangan

Poster ‘Elaun Madani’ untuk penjawat awam palsu, kata Kementerian Kewangan

Kementerian itu menasihatkan orang ramai jangan mudah terpedaya dengan berita berkenaan.

Poster yang tersebar di media sosial kononnya kerajaan akan memperkenalkan Elaun Madani kepada penjawat awam.
KUALA LUMPUR:
Poster yang tersebar di media sosial mendakwa kerajaan akan memperkenalkan Elaun Madani dengan bayaran minimum RM800 kepada penjawat awam adalah tidak benar.

Kementerian Kewangan menerusi hantaran di Facebook, hari ini menegaskan maklumat tersebut adalah palsu dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati serta tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu di media sosial.

“Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan adalah sah dan betul. Tidak pasti, jangan kongsi,” menurut hantaran itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.