Mahkamah Tinggi sabit bekas pegawai tinggi DBKL terima rasuah RM200,000

Mahkamah Tinggi sabit bekas pegawai tinggi DBKL terima rasuah RM200,000

Hakim K Muniandy mendapati hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf bebas Sabudin Salleh pada 15 Sept 2022.

Sabudin Salleh didapati bersalah menerima RM200,000 sebagai suapan daripada subkontraktor DBKL. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Bekas timbalan pengarah kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sabudin Salleh disabit bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap dua pertuduhan rasuah berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja.

Hakim K Muniandy mendapati Sabudin bersalah ke atas dua pertuduhan itu, susulan membenarkan rayuan dikemukakan pihak pendakwaan.

Muniandy berkata, Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob membuat terkhilaf membebaskan Sabudin, pada 15 Sept 2022.

Hakim kemudian menetapkan 15 Ogos bagi keputusan menjatuhi hukuman.

Sabudin, yang ketika itu timbalan pengarah kanan (awam) di Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL, didakwa memperoleh suapan wang tunai RM200,000 daripada Wong May Kuan yang juga subkontraktor kepada Dusari Niaga berhubung pelaksanaan kerja pengisaran dan penurapan jalan bermula 2018 hingga 2020.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.