Kita patut kesian pada PAS, kata Anwar

Kita patut kesian pada PAS, kata Anwar

Anwar Ibrahim mengingatkan pendengarnya bahawa Muhyiddin Yassin pernah menuduh PAS 'parti ajaran sesat'.

Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata perbezaan dalam kalangan rakyat bukan untuk dihina.
PORT DICKSON:
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim berkata rakyat patut berasa kasihan pada PAS, kerana menyokong ahli politik yang pernah menuduhnya “parti ajaran sesat” atau “parti kafir”.

“Saya belum pernah dengar pemimpin Umno kata PAS itu ‘parti ajaran sesat’. Siapa yang sebut? Muhyiddin kata PAS parti ajaran sesat,” kata Anwar ketika berucap di pelancaran jentera PRN Negeri Sembilan malam tadi.

“Mahathir kata PAS ‘parti kafir’. Itu mereka sokong sekarang. Kesian… kita patut kesian pada mereka.”

Dalam pada itu, Anwar berkata pemimpin kerajaan perpaduan berpendirian untuk tidak melabel parti lawan sepertimana yang dilakukan Muhyiddin dan Mahathir terhadap PAS.

Malah, seorang penyokong kerajaan perpaduan arah meminta maaf kerana mendoakan perkara yang tidak baik terhadap Hadi Awang apabila presiden PAS itu sakit.

“Itu cara, nilai akhlak Malaysia Madani tapi mereka hari-hari maki hamun. Ada ustaz di depan, mereka masih senyum.”

Anwar berkata perbezaan dalam kalangan rakyat bukan untuk dihina.

“Kita dalam agama mesti muliakan orang,” katanya

Muhyiddin dilapor membuat tuduhan itu terhadap PAS pada 2013, bagi menjawab kenyataan mursyidul am ketika itu, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mahathir pula dilapor membuat tuduhan itu pada 2022, susulan kerjasama PAS dan Umno ketika itu. Beliau mendakwa PAS sebelum ini pernah menuduh Umno ‘parti kafir’.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.