
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan atau lebih dikenali Tok Mat yang mempertahankan kerusi Rantau ditentang Rozmal Malakan dari PN manakala Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook turut berdepan pertembungan satu lawan satu dengan Rosmadi Arif.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PN Sanusi Nor yang mencetuskan pelbagai kontroversi menjelang PRN berdepan pertembungan dua penjuru, beliau dicabar Ketua Umno Sik Muhammad Khizri Abu Kassim di DUN Jeniri.
Bekas menteri besar Selangor Azmin Ali yang kali ini bertanding di DUN Hulu Kelang sebagai calon PN berdepan dengan timbalan ketua wanita PKR Juwairiya Zulkifli mewakili PH.
Kedua-duanya tidak mempertahankan kerusi disandang sebelum ini iaitu Azmin di Bukit Antarabangsa manakala Juwairiya di Bukit Melawati.
Sementara itu di Pulau Pinang, Presiden Gerakan Dominic Lau yang mencuba nasib untuk menjadi wakil rakyat buat pertama kalinya disahkan pencalonannya di Bayan Lepas.
Lau akan berdepan penyandang Bayan Lepas iaitu Azrul Mahathir Aziz dari PH.
Pengumuman Lau sebagai calon PN di Bayan Lepas sebelum ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong PAS memandangkan ia adalah kerusi majoriti Melayu.
Daripada lima kerusi itu, pertembungan paling menarik dijangka di Hulu Kelang, Bayan Lepas dan Jeneri.