Diselamatkan daripada lemas, 2 beradik meninggal dunia ketika rawatan

Diselamatkan daripada lemas, 2 beradik meninggal dunia ketika rawatan

Amira Rolan, 19, dan adiknya berusia 10 tahun, Muhammad Awira meninggal dunia pada 12.40 tengah hari semalam.

Polis berkata, dua beradik itu mandi di sebuah kolam ikan terbiar di Kampung Bambu Batu 7. (Gambar Freepik)
PETALING JAYA:
Dua beradik yang tidak sedarkan diri selepas diselamatkan daripada lemas dalam kolam ikan di Kampung Bambu Batu 7, Sandakan meninggal dunia semalam.

Amira Rolan, 19, dan adiknya berusia 10 tahun, Muhammad Awira meninggal dunia pada 12.40 tengah hari Rabu.

Ketua Polis Sandakan Abdul Fuad Abdul Malek berkata pihaknya menerima aduan pada 11.18 pagi, di mana pengadu memaklumkan dua mangsa lemas sedang dirawat di unit kecemasan Hospital Duchess of Kent.

Katanya, siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku kira-kira 10 pagi, di mana kedua-dua mangsa bersama empat lagi ahli keluarga mereka bermandi di sebuah kolam ikan terbiar di Kampung Bambu Batu 7.

“Ketika mandi, dua mangsa lemas, namun berjaya diselamatkan penduduk kampung,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada 12.40 tengah hari.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.