PAS kekal perintah Terengganu, Kelantan

PAS kekal perintah Terengganu, Kelantan

Parti itu memperoleh majoriti lebih 50% kerusi pada PRN di kedua-dua negeri.

PAS menang 17 daripada 32 kerusi DUN ditandinginya di Terengganu, manakala 23 daripada 45 kerusi di Kelantan.
PUTRAJAYA:
PAS berjaya membentuk kerajaan negeri di Terengganu dan Kelantan apabila memperolehi majoriti lebih 50% kerusi pada PRN hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh memaklumkan PAS menang 17 daripada 32 kerusi DUN yang dipertandingkan di Terengganu setakat 9.45 malam.

Di Kelantan, PAS menang 23 daripada 45 kerusi DUN setakat 9.56 malam, katanya.

“Dengan ini, (PAS) berjaya memperoleh majoriti melebihi 50% daripada jumlah kerusi dipertandingkan (di Terengganu dan Kelantan),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPR.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.