Bersatu tanding Pulai, PAS di Simpang Jeram

Bersatu tanding Pulai, PAS di Simpang Jeram

Calon Bersatu Zulkifli Jaafar akan bertanding di Parlimen Pulai dan Mohd Mazri Yahya daripada PAS di DUN Simpang Jeram.

PN meletakkan Zulkifli Jaafar (kiri) untuk bertanding di Parlimen Pulai dan Mohd Mazri Yahya di DUN Simpang Jeram pada PRK 9 Sept nanti.
PETALING JAYA:
Perikatan Nasional (PN) memutuskan Bersatu bertanding di Parlimen Pulai manakala PAS di DUN Simpang Jeram pada PRK 9 Sept ini.

“Zulkifli Jaafar (Bersatu) akan bertanding di Pulai dan Mohd Mazri Yahya (PAS) di DUN Simpang Jeram.

“Keputusan ini harap diterima dengan hati terbuka,” kata Pengerusi PN Muhyiddin Yassin di Facebook.

Menurut Muhyiddin, calon PN yang diumumkan merupakan anak tempatan kawasan yang ditandingi.

Katanya, Zulkifli, timbalan ketua Bersatu Pulai, juga seorang usahawan berjaya.

“Beliau tahu masalah tempatan, masalah penduduk di sini. Saya harap (beliau) dapat sokongan penuh,” katanya.

Sementara itu, Mazri pula seorang doktor bedah dan pensyarah perubatan, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Johor.

PRK akan diadakan bagi kedua-dua kawasan tersebut pada 9 Sept susulan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.