Kereta digilis lori, wanita maut nahas 7 kenderaan

Kereta digilis lori, wanita maut nahas 7 kenderaan

Mangsa Nicolette Hannah George, 26, yang memandu kereta Perodua Bezza disahkan meninggal dunia di lokasi.

Beberapa anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kota Kinabalu, semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya digilis lori dalam nahas tujuh kenderaan di Jalan Lintas, Kota Kinabalu semalam.

Mangsa Nicolette Hannah George, 26, dari Kampung Babah, Penampang disahkan meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira 6 petang itu.

Ketua Polis Kota Kinabalu Mohd Zaidi Abdullah, berkata kemalangan terbabit melibatkan dua lori dan lima kenderaan masing-masing Perodua Bezza, Myvi, Toyota Vios, Proton Saga dan Iriz.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila lori melanggar sebuah kenderaan di hadapannya hingga menyebabkan kenderaan yang paling belakang tersepit di bawah lori.

“Akibat kejadian itu, pemandu kereta Perodua Bezza tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menurut Berita Harian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.