4 lagi suspek kes rogol berkumpulan ditahan

4 lagi suspek kes rogol berkumpulan ditahan

Polis berkata dua lelaki ditahan di ibu negara sementara dua lagi diberkas di Bachok, Kelantan.

Penahanan empat lelaki itu menjadikan keseluruhan lima suspek ditahan dan mereka direman hingga 13 Sept.
PETALING JAYA:
Empat lagi suspek dipercayai terbabit kes rogol berkumpulan seorang wanita di Wangsa Maju pada 30 Ogos lalu ditahan dalam operasi khas bermula kelmarin.

Ketua Polis Wangsa Maju, Ashari Abu Samah, berkata seorang lelaki tempatan ditahan di Taman Melawati pada Khamis disusuli penahanan dua lelaki warga tempatan di Bachok, Kelantan, semalam.

Katanya, operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur kemudian memberkas suspek kelima iaitu seorang lelaki tempatan di Setapak, semalam.

“Penahanan empat lelaki itu menjadikan keseluruhan lima suspek ditahan dan semua suspek berusia antara 25 hingga 32 tahun itu direman hingga 13 Sept untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, penahanan semua suspek berjaya menyelesaikan kes rogol berkumpulan itu termasuk seorang lelaki yang didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, semalam, mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 375 (B) Kanun Keseksaan.

Media semalam melaporkan seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan bersubahat dengan rakan lain untuk merogol adik iparnya secara bergilir-gilir di sebuah rumah, bulan lalu.

Tertuduh berusia 29 tahun itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada tindakan lelaki berkenaan mahu melangsaikan hutang, dan membenarkan rakan merogol mangsa bergilir-gilir di kediaman mereka di Wangsa Maju, 30 Ogos lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.