China gandakan import minyak sawit dari Malaysia, kata Anwar

China gandakan import minyak sawit dari Malaysia, kata Anwar

Sebelum ini, China membeli 250,000 tan minyak sawit dari Malaysia setahun dan jumlah itu meningkat kepada 500,000 tan setahun.

Anwar Ibrahim berkata, MoU dimeterai Sime Darby Oils dan GuangXi Beibu akan menjamin kepentingan peneroka serta pekebun kecil.
NANNING:
Pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Sime Darby Oils International Ltd (Sime Darby Oils) dan GuangXi Beibu Gulf International Port Group (GuangXi Beibu) akan menyaksikan pembelian minyak sawit dari China meningkat daripada 250,000 tan setahun kepada 500,000 tan setahun.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata MoU itu akan menjamin kepentingan peneroka dan pekebun kecil.

“Kali ini adalah perjanjian tetap daripada China dan ia merupakan kejayaan besar kepada rakan-rakan kita yang terlibat,” katanya dalam sidang media pada akhir lawatan kerja seharinya di sini.

Dengan anggaran eksport sebanyak RM2.5 bilion, MoU antara Sime Darby Oils dan GuangXi Beibu hari ini melibatkan kerjasama membina pusat perdagangan dan pengedaran minyak sawit ditapis dan lelemak di Qinzhou, China dengan anggaran jumlah urus niaga tahunan sebanyak 500,000 tan.

Anwar bersama beberapa menteri menyaksikan pertukaran MoU itu sempena lawatan kerja seharinya ke Nanning untuk menghadiri majlis perasmian Ekspo China-Asean (Caexpo) Ke-20 serta Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-Asean.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.