
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, IPU di Cheras dicatatkan setinggi 169; Batu Pahat (158) dan Larkin, Johor (146), manakala Bukit Rambai, Melaka (155).
Sementara itu, 59 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana (51-100), manakala 5 kawasan lain merekodkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam, direkod di 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.