
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 7.08 malam.
Katanya, bomba kemudianya menghantar sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira 14 minit kemudian.
“Maklumat awal mendapati kanak-kanak berkenaan disyaki jatuh ke dalam longkang untuk mengambil bola, semasa kejadian berlaku arus longkang deras dan disyaki mangsa dibawa arus,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa kini giat dijalankan dengan bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air.