Budak 10 tahun hilang jatuh longkang di Puncak Alam

Budak 10 tahun hilang jatuh longkang di Puncak Alam

Bomba berkata mangsa dilaporkan jatuh ke dalam longkang sebelum dihanyutkan arus deras.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kerja-kerja mencari dan menyelamat kanak-kanak yang hilang itu masih berjalan. (Gambar JBPM)
SHAH ALAM:
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras di Lorong Cakera Purnama, Bandar Puncak Alam petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7.47 malam.

Katanya, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada 8.13 malam.

“Laporan daripada orang awam mengatakan mangsa jatuh ke dalam longkang pada 3.30 petang dan hanyut dibawa arus deras ketika hujan lebat.

“Ketika ini, kerja-kerja mencari dan menyelamat oleh pihak bomba sedang dilakukan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.