Pinjaman peribadi penyumbang terbesar belia bankrap

Pinjaman peribadi penyumbang terbesar belia bankrap

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata faktor lain termasuk pinjaman perniagaan, perumahan, sewa beli dan kad kredit.

Hannah Yeoh berkata, 419 daripada 5,695 kes bankrap direkodkan Jabatan Insolvensi tahun lalu membabitkan belia berumur 25 hingga 34 tahun.
PETALING JAYA:
Sebanyak 5,695 kes bankrap direkodkan Jabatan Insolvensi tahun lalu, dengan 419 daripadanya membabitkan belia berumur 25 hingga 34 tahun, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Sehingga Ogos lalu, katanya, sembilan individu bawah 25 tahun diisytiharkan muflis.

“Golongan belia bankrap amat membimbangkan dan pinjaman peribadi punca terbesar menyumbang kepada 46.8%, selain pinjaman perniagaan, perumahan, sewa beli dan kad kredit,” katanya menurut Sinar Harian selepas Konvensyen Literasi Kewangan Belia Peringkat Kebangsaan 2023 di Universiti Teknologi Mara Puncak Alam.

Beliau berkata, jika kerajaan tidak melakukan intervensi seperti mengadakan kursus literasi kewangan, lebih ramai belia dikhuatiri terjebak pinjaman peribadi, yang turut akan membebankan kerajaan.

Katanya, kursus literasi kewangan penting bagi membantu belia tahu cara berbelanja secara berhemah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.