
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin, berkata lelaki itu turut memohon maaf kepada sebuah syarikat berpangkalan di Sandakan yang didakwa menjual beras plastik terbabit.
“Pihak syarikat berkenaan telah menerima permohonan maaf tersebut secara baik dan (pelaku) diberi peringatan tegas,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut mengingatkan lelaki itu tidak mengulangi perbuatannya.
Minggu lalu, klip video menunjukkan bahan menyerupai plastik dalam nasi yang dimasak mencetuskan kebimbangan berhubung kualiti beras di pasaran tempatan ketika negara terus berdepan kekurangan beras.
Pengimport beras, Padiberas Nasional Bhd (Bernas) menafikan dakwaan itu selepas video terbabit tular.
Syarikat itu berkata, ia secara konsisten memastikan tahap pematuhan tinggi terhadap piawaian pensijilan dan pemantauan ketat kualiti di setiap peringkat perolehan beras untuk bekalan tempatan serta import.