Penagih dadah ‘dipulihkan’ tanpa dipenjara

Penagih dadah ‘dipulihkan’ tanpa dipenjara

Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 membolehkan kumpulan penagih dadah menjalani rawatan pemulihan tanpa menjalani hukuman penjara.

Anwar Ibrahim berkata kerajaan memberi peluang kedua kepada penagih tanpa dimasukkan ke institusi penjara. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Penagih dadah tidak akan lagi menjalani hukuman penjara, umum Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 katanya akan dipinda untuk membolehkan golongan itu menjalani rawatan pemulihan.

“Dalam semangat memberi peluang kedua, kerajaan juga akan membentangkan pindaan bagi Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Ia bagi membolehkan penagih dadah menerima rawatan dan pemulihan tanpa dimasukkan ke institusi penjara,” kata Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

Pengumuman itu adalah antara di bawah Program Peluang Kedua Anda (Peka) oleh Jabatan Penjara yang mana telah berjaya menyediakan peluang pekerjaan kepada pesalah yang mengakhiri tempoh hukuman.

Selain meneruskan kerjasama dengan syarikat untuk menjayakan program Peka, Anwar berkata, RM10 juta turut disediakan bagi melaksanakan Program Peka TVET untuk menyediakan latihan kompetensi yang diakreditasi oleh CIDB kepada para pesalah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.