
Anwar berkata peningkatan peruntukan berbanding RM8 bilion tahun ini dapat dibuat susulan penjimatan menerusi pelaksanaan subsidi bersasar.
Menurutnya, tahun ini kerajaan menyalurkan RM64 bilion untuk perbelanjaan subsidi untuk mengekalkan harga barang, namun hakikatnya ia turut dinikmati golongan kaya serta 3.5 juta warga asing susulan kegiatan penyeludupan
“Mulai tahun hadapan, pendekatan penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa.
“Hasil penjimatan subsidi ini sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.