Bersatu gantung Ahli Parlimen Labuan 6 tahun

Bersatu gantung Ahli Parlimen Labuan 6 tahun

Suhaili Abdul Rahman sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Suhaili Abdul Rahman digantung daripada Bersatu selama enam tahun bermula hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bersatu menggantung keahlian Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman selama enam tahun kerana menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung, Hamzah Zainudin, berkata keputusan itu dibuat  Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu yang bersidang hari ini.

“Setelah diteliti dengan sehalusnya segala bukti dokumentasi, keseriusan kesalahan, implikasi serta impak kepada parti dan juga kenyataan media daripada Suhaili bertarikh 30 Okt, Jawatankuasa Lembaga Disiplin mendapati beliau bersalah bawah Fasal 22.1 (f) Perlembagaan Bersatu,” katanya dalam kenyataan.

Penggantungan itu menyusul tindakan terhadap Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid selama empat tahun, kerana turut mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

Khamis lalu, Hamzah mengumumkan penggantian Suhaili dengan Naib Presiden Radzi Jidin sebagai ketua bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan dan Labuan.

Sebelum ini, Suhaili dalam prosiding tatatertib parti selepas mengisytiharkan sokongan kepada Anwar pada 30 Okt lalu.

Suhaili berkata, keputusannya menyokong kepimpinan Anwar selepas mengambil kira semua permasalahan rakyat Labuan yang berdepan kos sara hidup semakin tinggi, serta masalah bekalan air dan elektrik di sana.

Beliau turut menyatakan sokongan kepada ketua menteri yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.